27.7.12

Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..




 credit to : blog irene nadia :)

26.7.12



kau tak layak bagiku, cukuplah ALLAH di hatiku

jauhi diriku, dekati waliku..

mampu?

25.7.12


assalamualaikum..
bismillahirahmanirahim
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

ok malam ni nak kongsi ilmu lagi :)
suka tak suka tak?
heew..
 korang korang..
pernah tak korang terfikir sejenak..
semakin kita meningkat dewasa, semakin banyak kan masalah..
masalah ni macam-macam..
yang simple pon boleh jadi complicated..

sebenarnya la kan nana nak citer pasal citer yang dalam novel islamik aritu..
cinta high class..
best! novel tarbiah 2 dalam satu!
lagi elok daripada beli novel cinta
 wey korang nana tulis nie jangan komen apa-apa okay..
just "bersedia dan nak mempersiapkan diri" je k..
takdak kena mengena dengan sesiapa yep

amy, mak kalau baca post akak,, jangan gelak taw
><'

buat bakal suamiku yang aku sendiri tak tahu siapa dan di mana kamu..
semoga ketika ini kau sedang mempersiapkan dirimu dengan ilmu agama , ilmu dunia, dan ilmu rumahtangga..


aku juga berharap kau tidak sibuk mengusik, tetapi menyibukkan diri dengan menjadi imam kepadaku

buat bakal suamiku, semoga kau setia menjaga cinta.. selagi aku setia menjaga cintaku untukmu, selagi itulah aku berharap kau juga akan begitu kepadaku..

aku impikan suami yang soleh dan jujur.. jadi akan ku persiapkan diriku dengan sifat-sifat kejujuran dan muslimah sejati, insya-Allah..

ku kirimkan doa untukmu walau di mana engkau berada kerana aku yakin moga nanti ALLAH sampaikan aku kepadamu..

suamiku, ku simpan cinta ini hanya untukmu, yang halal bagiku, tiada lain untukku..



23.7.12

move on :)

 assalamualaikum and hello there!
ok dah masuk hari ketiga berpuasa.. so korang camna?
ok ke ko? hehe..
solat terawih penuh dak?
tak buat 20, jadi la kan 8 rakaat..
ok hidup harus diteruskan..
walau berat mana ujian yang menimpa..
life must go on bak kata orang putih..
jadikan pengajaran dan bangkit dari kejatuhan..
asal pelik eh ayat nie? haha..lantaklah..
petang2 ni kan, otak blur pulok..

mak, ayah i miss u...
huwaaa.. nak balik rumah..
syokkknya dapat manja2 dengan mak ngan ayah..
rindu meyhh..


ok korang ups is just around the corner..
kuiz pulak tiap2 minggu,..
aihh.. sabaq je la..
math oh math, please be nice to me boleh dak?
haha.. rosak bahasa..
guna manglish jadi lagu nie teruih..
hehe..

kla, selamat berbuka :)
wassalam

22.7.12

allah sayang saya sebab tu allah bagi ujian nie


assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

ya allah, hambamu ini sedang bersedih.. aku tak kuat ya allah,
air mata nie dah macam  lali je dalam hidup..
tak sempat nak kering, basah lagi..
sakit ya allah sakit..
orang tegur kenapa mata tu..
senyum sahaja yang mampu dibalas..

mungkin ada sebab hamba allah tu buat aku macam nie..
tak tahulah niat dia tu baik atau jahat..
aku tak nak bersangka buruk.
nauzubillah..
tapi aku sedih.. aku tak dapat nak lupakan hamba allah tu..
susah.. susah sangat....
tapi satu doaku, semoga dia jadi mukmin yang soleh,
dapat kejayaan dunia akhirat, jaga batasan pergaulan, solat 5 waktu terjaga..
at least dia mampu jadi imam untuk keluarga dia nanti....walaupun bukan aku yang dipilih....
mungkin ada lagi yang lebih baik menanti buatku akan datang..


emm, betul jugak,, ada jodoh tak ke mana, kan?
sabarlah wahai hati.. :'(
ujian nie allah bagi sebab allah sayangkan aku..

akhir kalam, happy fasting blogger..
emosional pagi2 nie..
wassalam




17.7.12

ramadan :)

assalamualaikum 
bismillahirahmannirahim
dengan nama allah yang maha pemurah dan maha penyayang

sedar tak sedar lagi beberapa hari nak masuk ramadan.
tak sabar rasanya nak puasa dengan keluarga kat rumah
minggu nie balik kulim, rasa happy sangat..
rindu mak ayah ngan adik2..
betul orang kata kan, family first..
susah senang keluarga yang tolong, bukan orang lain..
so korang apa persiapan tuk ramadan?
kuih raya? baju?
aitt.. bukan bukan..
tu bukan maksud sebenar sebab datangnya ramadan
sepatutnya kita sambut ramadan dengan banyak buat amal ibadah
baru hati rasa tenang.. pernah rasa halawatul iman? dalam bahasa melayunya ialah kemanisan iman..
hanya orang-orang yang betul-betul berjihad dan bertakwa jep yang dapat rasa kemanisan iman..
macam mana nak rasa perasaan  tu eh ?
agak-agak ???
senang jep, first korang zikir lepas habis solat, contoh istighfar, takbir, tahmid.. TAPI kenalah faham maksud yang diucapkan tu.. nanti sia-sia jep.. tak ka rugi? pastu masa lapang pergilah majlis-majlis ilmu, sedikit sebanyak dapat upgrade iman.. kan majlis-majlis ilmu tu jalan ke syura.. malaikat pun  menaungi kita semua, kan? jadi tak mustahil hati kita tak ingat rabbul izzati.. jiwa pon tenang, rasa damai jep.. 
kan ada dalam al-Quran, sesiapa yang mengingati allah, nescaya hatinya menjadi tenang
panjang lebar pulak eloberation..
just nak cakap bab ibadah masa bulan ramadan jep
tak bagitaw pon tahu kan?
puasa, solat terawih, baca quran dan khatam(bagi yang mampu), zakat dan etc etc
dah macam ustazah la pulak..
takpa tazkirah untuk diri sendiri..
kla thats all..
jangan lupa yep bulan puasa bulan ibadah, bukan bulan makan!
pahala double triple..

tambah ILMU , tambah AMAL

wassalam :)




13.7.12

ibu, mak, mama, mummy, ummi


assalamualaikum 
bismilahhirahmannirahim
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

makin rajin nana update belog kan?
ok tengok tajuk entri di atas, mak ..
sebenarnya mak nana kol..
pastu silent, nana kol balik..
huhu..
mak bagi nasihat..
meleleh-leleh air mata..
terharu, sedih, gembira..
macam2 rasa..
terima kasih mak
akak ok :')
nanti akak buat apa yang mak suruh tu..
insya-Allah..

satu lagi, tadi pagi nana dan fariha pergi usrah..
pastu jumpa balqis n zafirah
so usrah tu dikendalikan kakak2 dari UUM..
so kitaorang bertaa'ruf dulu
biasalah kan, baru masuk.. 
2 orang..sorang kak zaharah, sorang lagi tak sempat nak kenal..
best! dapat dekatkan diri kepada allah..
saling ingat-mengingati..
jiwa rasa tenang..
sambil bertilawah tu, kami semua bertadabur.
baca tafsir quran. and then kak zahrah explain balik apa sebenarnya yang cuba disampaikan daripada kalam ALLAH tu..

haa, nak dekat dah kan bulan ramadan, jagan lupa baca quran taw.. banyak pahala.. satu huruf 10 pahala...banyak oww.. tak nak ker? 

okla tu jep nak share..
jangan lupa bagi hati tu makanan rohani
perut makan hari2 so yang hati tu pun kena makan sama
baru balance..












pic tyme golf :)
esok men lagi
wassalam...

12.7.12

cinta high class- dr farhan hadi, ustazah fatimah syarha :)


assalamualaikum
bismillahirahmannirahim
dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang

entri hari ini just nak share pasal novel islamik yang dikarang oleh dr farhan hadi dan ustazah fatimah syarha.. (tak kenal pergi google2 )
beli sesaja..
nak tambah ilmu.. nak tarbiah diri sendiri
or senang cita nak muhasabah diri
novel ni sungguh menusuk kalbu
jatuh cinta dengan penulisan mereka suami isteri
wujud lagi ker cinta sejati begitu?
cinta yang high class macam dr muslih dan qaniah??(watak dalam novel nie)
cinta tanpa noda?
cinta yang suci dengan ikatan pernikahan?
cinta yang sering mendoakan satu sama lain?
yang setia menunggu?
yang setia menanti?
yang meletakkan kepercayaan?
yang meletakkan AGAMA tempat teratas dalam memilih pasangan?
sungguh islam itu amat sempurna
bertambah percaya dengan janji allah s.w.t
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..
ada dalam quran.. jangan lah kita menyangkal..
semoga jodohku di luar sana akan mendoakan hal yang sama.
bahagianya cinta selepas ijab kabul..


wahai pemuda islam, tegakkan agama islam!
jangan buang masa!
cintakan ilmu dahulu!
carilah ilmu seluas buih di lautan
jadilah pemimpin yang memakmurkan bumi!
khas buat para akhi akhi di luar sana..
bukan menunjuk pandai cuma mengajak ke arah kebaikan..

ya allah... aku umat islam tapi kenapa hati aku rasa keluh kesah?
hatiku kosong ka ya allah??
rasa diri hina seketika..
ya allah, ampuni aku... aku hamba yang lemah, aku banyak berdosa denganmu..
janganlah engkau pesongkan hatiku sesudah engkau berikan petunjuk kepadaku...

novel ni bagi impak yang sangat mendalam bagi diri ini
sesiapa yang ingin mendekati rabbul izzati, eloklah beli buku islamik sebegini..
ada banyak lagi karya ustazah fatimah dan dr farhan hadi
cuma baru kali ini diberi hidayah untuk membeli buku cinta high class..
insya-Allah akan beli dan buat koleksi selepas ini
mari kita tambah imu, tambah amal
baru iman kita mantap..
kan semua?
insya-allah..
sekian entri kali ini..
wassalam








9.7.12

lemah :"(

YA ALLAH..
Seandainya kau telah catatkan, Dia milikku, tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah
kemesraan antara kami, Agar kebahagiaan itu abadi.

YA ALLAH..
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini, Ketetapan yang
sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami.

Tetapi YA ALLAH..
Seandainya engkau telah takdirkan, Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku. Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

YA ALLAH Ya Tuhanku yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang
merah, Agarku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya.

YA ALLAH yang Tercinta..
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan, Adalah yang
terbaik untukku, Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hambaMu ini.

YA ALLAH Yang Maha Mengetahui..
Segala sesuatu dilangit dan dibumi,
Engkaulah yang melimpahkan rezeki, Buat hambaMu ini..
Engkau jualah yang mengatur hidupku dan matiku..
Maka aku redha, atas segala ketetapanMu..
Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

YA ALLAH Yang Maha Penyayang lagi Maha Adil..
Jika siang dijadikan ia sebagai mencari rezeki..
apabila malam menjelma ianya sebagai untuk hamba-hamba-MU merebahkan diri bagi mendapatkan segala tenaga dan zat-zat
sebagaimana Engkau telah memberikan segala apa yang ada pada hambaMu kesihatan...

Engkau jua telah memberikan setiap pasangan jiwa murni
seperti sepasang kasih sayang ADAM & HAWA,
begitu juga anak-anak, cucu-cucu untuk
mencari kasih suci setiap insan
yang berada di muka bumi yang sementara..



♥Aku ingin mencari cinta sejati yg boleh membawa aku ke jalan Ilahi.Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam.Aku ingin menjadi sayap kiri kepada seorang khalifah.Aku ingin menjadi seorang pendengar kepada seorang da'ie.Aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid.Aku ingin memberikan cintaku kepada seorang insan yg mencintai ALLAH lebih dari segalanya♥





kau sentiasa dalam doaku  :')