22.1.16

azam 2016 plus bisnes advise

hai peeps and readers ! lama tak update. soooo its already 2016! haha tahu dah lambat tapi takpe it still january :p

setiap tahun nana ada azam. lulz. tapi kelauttttt semua -..- azam tahun ni nak grad insyaAllah dalam bulan 10 atau 11 camtu. doa doakan nana ea :) and nak kembangkan bisnes online nana and adik yang sedia ada since banyak permintaan dari customers. yeke?? --' alhamdulillah semoga rezeki lebih tahun ni. so korang yang tak tahu nana jual apa boleh follow igshop kitaorang @adeninashop . kalau ada duit lebih mana tau boleh sambung master ye idokk? haaa baik cepat aminkannn heeee. sambil sambil azam 2016 ni nak juga jaga kesihatan dan kecantikan as i am so menjaga on it . eh yeke? choii. jaga badan kununye.  well i am into it and lets  make it work babehhh *zumbaaasikitt

kalau korang nak tahu sekarang midsem break. cuti sebulan sepatutnya tapi iols seminggu je, ahad ni dah kena balik ukm masuk lab huwaaaaa :(  final year project tak setel lagi diknons memang kena la kan siapkan semua. one semester left wehhhhh macam tak percaya !!! seriouslaaaa. lepastu ada dua lagi kursus sispa ( siswa siswi pertahanan awam) 11 februari sampai 20 februari. naik semester baru 21 februari ni so jangan terkejut kalau muka hakak mengalahkan daging burger hangus hahaha !  dah pikir siap2 dah untuk mengurangkan sunburn yang bakal menempek ke muka gua haha fuh2 lepastu ada pulaks progress presentation. adududuu seghiauu bakhangg. kena present pulak pasal thesis kat
SV dah la  dengan student master and student phD dr huwaaaa lagi nebes aku dibuatnyaa. pheww

ada duit lebih teringin la jugak buat umrah dengan parents, sekali harung travel dengan buddies. tapi berangan je la mampu sekarang ni, tapi tula kena kerja kuat lagi, since i started it in a very beginning lets finished it nicely. i mean my bisnes online. since i share profit with my sister, takde banyak sangat untung kitaorang, sikit sikit tu ade la kalau nak simpan buat saving. tapi most of the time, kita rolling balik duit tu untuk dijadikan modal, so guys dont simply judge and say ' dia takpala banyak duit, bolehla itu ini' korang tak tahu apa jgn buat assumption cam tu k, takmo takmo. nak senang kenalah susah susah dahulu, nothing come easy gua cakap lu. tak campuq lagi penat buat postage, duit minyak, duit modal kadang kadang stuck jugak pikir.

lagi satu, dalam bisnes ni muka kena tebai, tak boleh nak malu malu, orang cakap apa , hang pekakkan ja telinga. masuk telinga kanan keluaq telinga kiri. memangla orang annoyed kalau kita asyik post testimony, post gamba product kat ig, kat fb, kadang kadang kat wechat and whatsapp tapi thats the WAY hang nak PROMOTE and INTRODUCE  kan product hang and keistimewaan product hang berbanding product lain. hari ni  mungkin orang tak beli, tapi sebab hang asyik post hang dah 'MELABELKAN' jenama hang sendiri. paham dak maksud aku? haha. bila asyik dok post lama lama orang kenai and tau kita juai produk A. so esok lusa klau kita tak post pun customer akan cari kita hagitiuwww. paham ke idokk?? JANGAN CEPAT GIVE UP. tips jugak tu heee. oh well, aku tau aku ni tak layak pun nak bagi nasihat tapi ni based dari pengalaman aku. sebab mula mula aku juai shawl. seronok seronok je memula tu sebab suka pakai shawl, buatlah untuk diri sendri dulu, lepastu terfikir buat bisnes shawl. tapi tu kejap je. hehehe. sekarang beralih arah ke produk kecantikan pulak. tapi jadi agent kecik je la, tak jadi big boss lagi hehe. doakan kay :) tapi tapii kalau nak buat shawl aku tak beli aku p buat sendiri jugak sekarang hahaha murah pun murah dah save duit dah kat situ.

okla panjang pulak ceghita aku malam ni. sekadar perkongsian. thanks sudi membaca karangan buruk aku ni.

nana
22/1/2016
12;54am